Jan 27, 2009
Tapi, hanya ada seorang perempuan yang sering aku fikirkan tentang apa yang difikirkannya tentang aku. Namanya Aida, hanya Aida,jika tanpa binti. Aku selalu memikirkan dia, sebagaimana aku harap dia fikirkan tentang aku juga.Mengharapkan dia memikirkan aku setaip masa sudah cukup menympulkan bahawa aku telah jatuh cinta,walaupun aku sendiri tidak percaya. Mungkin kerana aku tiada pengalaman dengan perempuan..
Bila diingat kembali, aku kurang kawan perempuan ketika zaman kanak-kanak. Kalau ada pun, adik kepada kawan aku. Itu pun bukan selalu dia mengikuti kami, budak-budak lelaki bermain, cuma sekali sekala. Itu saja. Tak lama kemudian, aku masuk sekolah rendah. Di sekolah rendah, aku berjumpa lebih banyak kawan baru, dan lebih banyak kawan perempuan. Waktu ini aku tak pernah kekok bergaul dengan budak perempuan, kerana kami masing-masing sama, masih hijau dan kurang berperasaan. Kami akan bermain bersama, makan bekal mereka, tarik tudung mereka, atau gaduh dengan mereka. Ianya memang perkara biasa budak-budak tahap satu lakukan.
Masuk tahap dua, keadaan berubah sedikit. Masing-masing sudah mula berperasaan dan mula rasa lebih dewasa. Masing-masing rasa sudah cukup besar untuk punyai ‘boyfriend-girlriend’. Lebih-lebih lagi, bila saat pertumbuhan biologi kami yang sedang rancak pada waktu itu. Kawan-kawan lelaki sudah mula memilih kawan-kawan perempuan mana yang cantik, yang hendak dipikat dan yang mana lebih baik dari pilihan yang pertama. Kawan-kawan perempuan juga sama, siapa yang lebih kacak, siapa yang paling hebat main bola, siapa paling kelakar, dan macam-macam lagi ‘siapa yang paling apa’.
Tapi, biasanya itu semua bukan aku, kerana aku bukan ‘siapa yang paling apa’. Aku paling kurang mendapat perhatian dari perempuan. Mereka lebih suka berbual dengan budak lelaki lain. Walaupun aku berada di kelas pertama dan selalu mendapat semua A dalam semua subjek, tapi itu tak membantu sangat. Waktu itu aku sangat teruja untuk mempunyai seorang ‘girlfriend’ supaya aku juga tidak ketinggalan berbanding kawan-kawan. Tapi kemudiannya ianya berlaku lebih sukar dari jangkaan. Hari itu aku kembali dari rehat dan mendapati ada sepucuk
Aku jadi takut setiap kali mata cikgu memandang aku. Aku takut tiba-tiba cikgu tanya aku, takut cikgu tahu kerana aku dah mula tergagap-gagap. Akhirnya, habis waktu kelas subjek itu, aku lekas-lekas ke tandas bersama
Setelah pintu ditutup rapat dan pasti tiada orang mengintai, aku keluarkan
Aku balik ke kelas dan segera aku terlupa isi kandungan
UPSR tamat dan keputusan keluar. Waktu untuk sekolah menengah. Sekolah menengah lebih seronok dan lebih hebat. Tapi, hal sebaliknya berlaku pada perkara-perkara berkaitan perempuan dan cinta, ianya membosankan dan menyedihkan.
Aku mendapat tawaran ke High School dan aku terima. Ianya adalah sebuah sekolah menengah lelaki, tiada pelajar perempuan kecuali bagi kelas-kelas tingkatan enam, tapi kami tidak pernah pedulikan mereka. Kadang-kadang aku rasa mereka mengacau keharmonian budak lelaki dalam sekolah. Tapi itu perkara lain.
Kami, pelajar-pelajar yang mendapat tawaran di sekolah itu, mendiami asrama sekolah kerana tempat tinggal kami yang jauh dari sekolah. Ianya menjadikan kami lebih rapat, lebih mengenali masing-masing. Mana yang satu kepala, mana yang kepala tak boleh masuk, mana yang kepala boleh layan, mana yang tak boleh layan. Bukan memilih kawan, cuma lebih selesa bergaul dan tidaklah tepu dan bosan berselisih minat. Tapi kami semua tetap kawan, macam adik beradik, tetap makan nasi kawah yang sama, tetap berteduh dibawah bumbung yang sama, dan tetap berak di tandas yang sama.
Waktu ini aku mula menanam minat baru. Aku mula belajar main gitar dan dengar lagu-lagu rock dan underground.
Aktiviti hujung minggu kami ialah pergi gig. Bergerak dalam kumpulan dan menaiki bas untuk ke tempat acara. Malah, kami juga pernah cabut dari asrama, memanjat pagar malam-malam untuk pergi gig di Segamat yang terletak jauh dari daerah kami. Sementara menunggu pagi, kami pergi pusat jamming. Ianya bukan satu sesi ‘jam’ yang baik, kerana kesemua kami berebut main gitar, dan tiada siapa pandai main dram. Akhirnya tiap-tiap orang bergilir-gilir main, dan ‘jam’ itu memang teruk kerana bunyi permainan dram yang kucar kacir dan haru.
Setelah penat sesi ‘jam’ barai tadi, kami keluar pusing-pusing bandar, dan mencari masjid terdekat dan tidur.
Sehingga tamat sekolah, aku masih membawa minat muzik dan gig dalam diri aku.
Tamat sekolah menengah, tiada apa sangat yang berlaku. Aku berkerja sementara dan kemudian menyambung diploma. Diploma pengurusan, dimana ianya antara waktu terbaik dalam hidup aku. Aku bertemu dengan Aida disitu.
Aida seorang perempuan yang ringkas; simple and easy going. Dia tidak mencuba terlalu kuat, dan lebih terbuka. Setiap hari dia akan memakai sepasang kasut Converse berwarna biru tua yang agak lusuh, seluar jean yang juga lusuh, t-shirt, bercelak dan membawa beg galas yang penuh button badges, untuk ke kelas, kecuali hari Jumaat. Hari Jumaat pelajar perempuan diwajibkan memakai baju kurung. Aida akan ke kelas pada hari itu memakai baju kurung yang agak longgar dan baju kurung ini boleh di cam, kerana Aida cuma ada sepasang baju kurung yang dipakai berulang-ulang. Baju kurung longgar itu antara yang aku tidak suka padanya, selain rambutnya yang berwarna. Mungkin agak longgar baju kurung itu, kerana badannya yang agak kurus, dengan dada yang sederhana besar. Punggungnya juga tidak besar, dan dia suka memakai seluar sedikit londeh.
Rambutnya tidak terlalu panjang, hanya lebih sedikit melepasi bahu, dengan jalur-jalur kuning disana sini. Kadangkala jalur kuning itu diganti dengan jalur merah, atau jalur perang, tapi jarang sekali diganti dengan tudung. Hanya pada waktu-waktu tertentu saja ianya akan berganti dengan tudung litup, iaitu pada subjek berkaitan agama dan diajar pula oleh seorang ustaz atau ustazah.
Maka, selalunya aku akan berkata, “Kak, saya nak beli kismis doa, bagi dua kotak ye?”
Dia akan menghempas buku ke atas meja dan memandang tajam pada aku.
“Wei, blah la lu.!!” separuh menjerit pada aku. Aku cuma tergelak perlahan sebab kami di dalam perpustakaan waktu itu. Aku disitu hanya untuk membuang masa sementara menunggu hujan reda. Aida pula baru keluar dari kelas bersebelahan perpustakaan, juga menunggu hujan reda.
“Taklah, aku gembira, kawan-kawan dapat hidayah..hahaha..”
“Aku kelas IEP (Islamic Economic Princples) la tadi.”
“Jadi?”
“Jadi apa?”
“Tu.” Aku menuding ke arah tudung putih Aida. Ianya tudung yang ringkas tanpa corak sarat, cuma ada sedikit corak-corak di bucu tudung.
”Kelas Ustaz Nawawi tadi, takkan aku nak freehair macam biasa. Bukanlah pasal aku takut kena tegur, tapi hormatlah. Respect kat lecturer.”
”Kalau macam tu, ustaz tu pun patut hormat kau juga. Kau memilih untuk tidak bertudung, dan ustaz tu kena hormat juga hak memilih kau, bukan?”
”Maksud kau, aku hipokrit la?”
”Taklah.”
“Aku bukan apa, aku tak nak mewujudkan keadaanlah, tak nak buat ustaz tu bengang, lagipun aku nak pergi kelas, bukan nak tunjuk keras kepala.”
Aku diam, Aida diam. Ruang perpustakaan itu diam. Satu dunia diam. Aida bangun dan pergi ke tandas. Selepas
Aku cakap, “Ustaz Nawawi tu sempoi la, dia tak kisah kalau kau freehair dalam kelas dia.”
Aku sebenarnya tidak pernah perasan akan kehadiran Aida pada awal semester, hinggalah satu hari aku ternampak dia di dalam gig yang sama. Dia bersama seorang kawannya yang nampak agak bosan dan sedang meletakkan tapak tangan pada kedua-dua belah telinganya. Aku pasti kawan Aida itu, dipaksa menemani Aida.
Aku di situ bersama dua orang lagi kawan yang sealiran, Manaf dan Shim. Sealiran muzik. Dan kemudian Shim berjalan menuju ke arah Aida dan kawannya. Mereka berbual sebentar, separuh menjerit melawan bunyi yang kuat dari pembesar suara. Tamat gig, kami melepak di warung makan, bersama Aida dan kawannya. Aku tak bercakap banyak, cuma duduk diam, minum, merokok, dan mencuri pandang kepada Aida. Memang kami semua tak banyak bercakap, kerana kami semua masih baru kenal. Aku dan Manaf bersebelahan bilik. Manaf kenal Shim masa mereka satu kumpulan semasa orientasi. Shim pula sekelas dengan Fifi. Dan Fifi pula, kawan Aida tadi, sebilik dengan Aida. Itu menjadikan kami agak asing antara satu sama lain. Itulah kali pertama aku jumpa Aida.
Aku dan Aida memang jarang berjumpa. Cuma ada dua tiga kali kami berkongsi meja, melepak minum dengan kawan-kawan. Ataupun terserempak di dalam perpustakaan kampus. Atau sekali sekala jika ada gig, kami akan pergi bersama. Selain itu, kami membawa haluan masing-masing.
Malahan, semakin lama, semakin kurang aku bercakap dengan Aida, seiring dengan semakin kuat rasa suka padanya. Itulah masalahnya jika terjatuh cinta atau terjatuh suka pada kawan sendiri, semuanya akan jadi kekok, semuanya akan bertukar.
Aku sendiri sudah lama ingin mengajak Aida menyertai Battle of the Band anjuran kampus kami. Aku tahu, Aida boleh bermain gitar, sebab Fifi pernah beritahu. Malah, Aida sendiri ada gitar di dalam bilik. Jadi, Aida boleh bermain gitar, dan aku bermain dram (berkat dari ‘jam barai’ waktu sekolah dahulu, aku mengambil insiatif untuk belajar bermain dram kerana takut kawan-kawan ‘jam’ tiada pemain dram). Itu sudah cukup, berdua lebih baik, barulah macam The White Stripes. Tetapi masalahnya, lidah aku kelu bila tiap kali ingin mengajak Aida.
Kau gila?! Gila poyo! Aku tak confident la. Kau boleh ke main dram, aku tak pernah nampak pun? Kau dah makan ubat?
Itu semua reaksi Aida yang terlintas dalam kepala aku, tiap-tiap kali aku panggil, “Aida,”
“
“Err..tak ada apa-apa,”
“Apa dia?” --- Kau gila?! Gila poyo! Aku tak confident la. Kau boleh ke main dram, aku tak pernah nampak pun? Kau dah makan ubat?
“Tak ada apa-apa, tak ada apa-apa..”
Hinggalah ke semester terakhir. Suatu hari aku dapat tahu Aida masuk Battle of the Band untuk semester itu, semester terakhir kami.
Dia dan tiga lagi kawan perempuan yang mendapat siulan dan sorakan paling meriah hari itu. Aida bermain gitar dan menyanyi. Setiap band perlu membawa dua lagu, band Aida, My Morning Remedy, membawa lagu Possibility (Intoxicated) dan Linger (The Cardigans). Persembahannya biasa saja, dan My Morning Remedy tidak mendapat tempat tiga teratas pun.
Tapi suara Aida yang menyanyikan lagu Linger dan Possibility masih terngiang-ngiang di telinga. Semasa Aida menyanyi diatas pentas itu, aku cuma berdiri ditengah-tengah khalayak ramai, diam dan memerhati setiap gerak dia. Dia tidak kekok dan sedang menyanyi dengan gembira, sambil bermain gitar.
Sementara itu, aku pun terfikir adakah Possibility untuk aku dan Aida. Tapi, pada waktu itu juga aku sudah merasakan kami semakin jauh. Lebih-lebih lagi selepas tamat peperiksaan akhir semester nanti, kami semua akan membuka lembaran baru dalam hidup dan membawa jalan hidup masing-masing. Kami akan berpisah, mungkin akan berjumpa kembali, mungkin juga tidak, kerana kami bukan penentu takdir.
Seperti wujudnya seorang ‘Mukshin’ dalam diri kita semua, sebagai satu perlambangan kepada cinta yang pertama sekali hadir, aku juga percaya, dalam setiap diri kita, juga mungkin wujud seorang ‘Aida’. Seorang ‘Aida’ yang kita cintai tapi tak pernah dapat kita sentuh atau rasa cintanya itu, tetapi kerana rasa cinta itulah, kita jadi semakin kuat dan berani, walaupun ‘Aida’ itu hanya singgah sebentar. Mungkin dalam hidup kita, akan muncul beberapa orang ‘Aida’, mungkin ada yang bakal menjadi isteri atau suami, ada yang tidak. Malah aku sendiri awal-awal lagi sudah menjadi seorang ‘Aida’ kepada Secret Adrmirer yang menghantar
Selesai persembahan My Morning Remedy, aku terus pulang. Aku tidak menoleh belakang lagi. Dan sebab itulah, Aida tidak lagi menemui aku dimana-mana pun selepas itu, hinggalah kami tamat pengajian. Hinggalah sekarang.
. isi-isi
Jan 25, 2009
“Lu ingat lu mengasingkan diri, lu boleh dapat jawapan? Lu ingat lu cendekiawan? Hah?!”
Oleh kerana malu, aku mula mengemas, mula membungkus sedikit bekalan dan pakaian. Aku mahu mencari jawapan.
“Kau mahu apa lagi?” jerit Doubt dari jauh berlari mendekati aku.
“Aku mahu mencari jawapan.” Jawab aku sedikit acuh tak acuh.
“Jawapan yang tiada soalan?” Doubt balasnya, mematikan kata-kataku. “ Kalau begitu carilah Contentment.”
Maka, aku memulakan pengembaraan aku. Setelah hampir setengah hari meninggalkan rumah, aku baru teringat sesuatu. Lekas-lekas aku membuka beg, dan menyelongkar semua isinya. Tiada. Apa yang aku cari tiada. Aku mesti telah tertinggalkannya. Aku tertinggal Luck diatas katil tadi. Putus asa dan malas berpatah balik, aku teruskan perjalanan.
Aku tegar meneruskan perjalanan, seolah aku ditemani Exhilaration. Aku senyum, aku ketawa, menghilangkan gusar, dan bimbang, kerana dalam bayangan separa sedar, aku menganggap aku melihat Exhilaration di sebelah.
Dan ku terdengar orang gelak dibelakang aku. Gelaknya cermat dan agak menyakitkan hati. Seorang tua berpakaian putih, dengan janggut putih memenuhi bahagian bawah wajahnya. Dia ialah Wisdom. Aku mula bengang.
Wisdom sedang duduk dibawah sebuah pokok yang besar dan lebat daunnya. Hari panas, begitu juga hati aku. Aku turut sama berteduh dengan Wisdom.
“Kau mencari Contentment?” soal Wisdom yang suka berpakaian putih.
“Kenapa? Tak boleh ke, kalau aku tertinggal Luck.?”
“Kau tak perlukan Contentment. Tiada siapa pun.”
“Eh, kenapa?”
“Sebab kau Human Being. Homo Sapien. Setiap dari kamu tidak pernah puas. Jika kamu bertemu dengan Contentment pun, kamu pasti mahu lagi. Kamu mahu dia seperti banyak ikan dilaut.”
“Aku janji aku tak begitu.” Aku
“Kau tahu pasal Firaun?”
“Hmm?”
“Dia adalah seorang raja. Raja yang berkuasa, kaya raya, kuat dan punyai segala apa yang manusia impikan. Dia mampu membuat seluruh Mesir mengikut kata dia, walaupun terpaksa membunuh anak lelaki mereka sendiri. Dia ada apa yang setiap lelaki mahu, perempuan, harta, kuasa, dan nama, Dan didalam Al-Quran pun tertulis namanya, membuktikan sejarahnya, kewujudannya. Malahan, dia tidak pernah dihinggapi walau satu penyakit pun. Tapi adakah dia puas?”
“Err..tak tahu?” jawab aku pendek, kerana aku tahu ini bukan giliran aku bercakap banyak.
“Begitu banyak pun Contentment yang dia miliki pun masih belum mampu memuaskan hatinya. Firaun memiliki segalanya, tapi itu masih tidak cukup, apalagi yang tidak cukup setelah menjadi Raja Dunia? Mestilah dia mahu lebih dari dunia. Dia mahu menjadi Tuhan, dia mahu seisi alam menurutnya, mengikut setiap katanya.”
Wisdom diam sebentar. Aku pula sudah dari tadi berdiam diri.
Wisdom senyum padaku. “Kau carilah Exhilaration. Dia ada di Teratak An-Nur.“
Dan aku bingkas bangun. Aku teruskan perjalanan, mencari Exhilaration, selepas berterima kasih pada Wisdom. Aku cakap pada Wisdom, “Lainkali jangan gelak macam tu.”
Aku tabahkan hati, kerana aku tahu, didalam kocek aku masih terselit
Jalan masih luas.
. isi-isi
Pernah dulu, teman wanita aku sibuk bertanya, kenapa dia tidak lagi menerima ayat-ayat romantis, ayat-ayat puitis dari aku. Ya, aku memang selalu, secara spontan menghasilkan penulisan berbentuk leleh-leleh, meleret-leret, berbunga-bunga atau seumpamanya. Hal ini tidaklah menghairankan, kerana semasa zaman membesar, aku sering didedahkan karya penulisan Khairuddin Ayip atau Ahadiat Akashah. Maka, pengaruh itu memang sentiasa ada.