Sep 4, 2009

Bumi semakin padat, tapi ironiknya, ianya penuh dengan manusia-manusia yang kosong. Manusia yang kosong; kosong macam lubang besar yang menjarakkan kita, antara satu sama lain. Dalam diri kita, jiwa kita, ada satu lubang besar yang sepatutnya kita isi, tapi sayangnya, kita semua mengisinya dengan kesunyian atau sepi.

Dulu, keadaan tak macam ni,” seorang lelaki Cina yang baru melepasi umur persaraan, memberitahu kawan aku,”Waktu dulu, tahun 50-an, 60-an, bilangan orang tak seramai sekarang, tapi kami rasa dekat dan selesa, kami kenal semua orang dan berkawan dengan semua orang.

Kawan aku, Si perempuan, juga beranggap perkara yang sama, bila dia menceritakan semula kepada aku. “Zaman sekarang ni orang lagi ramai, makin bertambah berbanding 20, 30 tahun dahulu, tapi semua orang hanya pedulikan hal sendiri. Jadi, sekarang yang ada cuma manusia-manusia lonely.”

Kita semua mungkin ada kawan-kawan, tapi biasanya menjelang akhir umur tiga puluhan, kita akan berhenti menerima kawan baru. Kawan, bukan kenalan. Kita akan kekal dengan kawan yang ada, tapi itupun biasanya dah terhad pergaulan.

Malah, mungkin definisi kawan pada zaman ini dah berubah. Jika dulu, kawan ialah sesuatu yang kita lihat dan jumpa, mungkin sekarang kawan ialah “Just one click away,” Berkawan cuma dalam talian, walaupun hakikatnya, ‘aku ada 1000 kawan dalam Fesbuk, tapi aku tak pernah jumpa mereka semua.’

Aku selalu melihat manusia lonely ini, didalam bas memandang sedih luar tingkap, didalam Elarti dengan telinga dipenuhi earphones bagi mengisi kekosongan dalam hidup mereka, di meja-meja makan lemah menyuap makanan ke dalam mulut seorangan atau didalam lif yang macam cermin merefleks bayangan kesunyian mereka.

Mereka inilah generasi baru; Generasi yang sesat/hilang-- Generasi Lonely pada Apek tadi.

0 Comments:

Post a Comment