Sep 13, 2009

Aku memang bukan seorang fighter. Sebab tu tumbukan balas yang akan kau terima mungkin dalam sebulan, setahun atau sepuluh tahun dari mula aku rebah.

Ianya bukan grudge. Cuma ini bukan hari aku.

Sep 8, 2009



Aku pernah melalui apa yang kita panggil perubahan; dalam hidup, atau dalam imej. Kali terakhir ianya berlaku, ia hanya berjaya mengelirukan kawan-kawan; which is good. Dan sekarang, masa untuk satu lagi perubahan.

Let's just say, it's just another my five years of absentism to the crowds.

Sep 7, 2009

Aku tak cuba untuk menjadi sesuatu, tapi semua masih dalam progress. Kita semua tunggu dan lihat.

Sep 4, 2009

Aku mula menghitung hari. Dan duit.

Susut dan semakin susut..

Si Perempuan teks ajak makan Prosperity.

Tapi buka dompet cuma ada seringgit.

Aku tanya Si Perempuan, “Tempat kerja kau nak pakai pemalas lagi tak?”

Tapi dia balas lari dari topik, aku malas nak taip lagi.

Dari Malboro Light besar dah jadi Malboro Light 14.

Tukar-tukar,

Akhirnya jadi Pall Mall Light 20.

Tak lama sebelum jadi 14.

Apa pula selepas ni?

Nusantara Hijau?

American Legends?

Minyak dah murah, tapi aku cuma dapat pusing-pusing di tempat yang sama.


14/12/2008 | 4.23 a.m.

Mungkin aku memang takkan ikut kau, walau aku sebenarnya mahu. Lapse satu minggu, tak maksudkan apa-apa actually. Aku tahu mata mereka. Aku tahu pandangan mereka, prasangka mereka. Apa, aku perlu tahu, aku perlu terkejut?

Mungkin aku patut.

Mungkin masa akan berlalu seperti sifir. Atau mungkin seperti perlahan seperti 1, 2, 3, 4…

Mungkin ever since kau pergi, aku akan ada filler yang aku anggap sejati? Mungkin ever since kau pergi.

Mungkin forever,

Macam cinta aku yang mortal.

*

Aku sedang wondering tentang kau bila teks itu masuk. Teks bukan dari kau, tapi tentang kau.

Will be gone soon, let’s call everybody and meet up.”

Seperti yang aku katakan tadi, kau memang patut pergi. Semua orang meraikannya. Mungkin hanya prasangka aku, tapi akan ada seorang yang tetap meraikannya.

Mungkin aku tak patut pergi.

Teks masuk lagi. Bukan dari kau, bukan tentang kau dan bukan dari sender teks tadi. Aku buka peti masuk, baca mesej. Aku pandang syilling. Aku pandang telefon semula.

Aku taip;

“Ok, I’m in,

Hari ini hujan dan malas.

Hujan ibarat butang pause yang lutsinar. Hujan adalah waktu untuk tumbuhan bersantap, dan kita semua akan terhenti sebentar dalam perjalanan kita.

Tiada apa yang banyak boleh dilakukan pada waktu hujan. Ianya waktu bagi penunggang motorsikal berhenti merokok dan termenung panjang tunggu teduh. Waktu bagi pejalan kaki untuk duduk dan minum kopi sebelum hujan berhenti.

Hari mendung meninggalkan satu perasaan yang tidak puas. Seperti kekurangan sesuatu. Seperti kehilangan sesuatu. Walaupun hakikatnya kau takkan kehilangan sesuatu jika kau tak pernah memiliki sesuatu. Tapi, peliknya, ianya masih satu kehilangan, satu kekurangan.

Sudahlah, mari tidur.

Esok bangun dan masih lagi hujan dan malas.

Entah macam mana aku boleh terlupa langit berwarna biru. Meskipun zaman ini sinonim langit berwarna kelam dan putih kotor. Oh, itu awan. Kalau bukan kerana hujan yang sudah hampir beberapa minggu tidak turun, mungkin apa yang aku nampak bila mendongak cuma awan.

Langit biru cerah dan telanjang tanpa diselimuti awan. Aku suka.

Tapi, paling aku suka bila hari cerah dan awan yang besar dan tebal, bergerak perlahan dalam cuaca yang sederhana redup. Waktu sekolah rendah, aku suka menonton awan. Bersama Harun, kami selalu melepak dibelakang bangunan sekolah, tempat berlonggok meja dan kerusi rosak, sebelum masuk kelas agama pukul tiga petang, memerhati awan.

“Yang tu macam naga,” kata Harun, “Ni naga omputih,”

“Aku nampak macam bayi, kat atas pasir pantai dengan buih laut,”

“Mana satu?” “”Tu, sebelah yang macam Supermario,” “Oh, aku nampak orang tengah depang dada, macam tengah terbang,”

Memang satu permainan mengasah imaginasi, lebih-lebih lagi bentuk awan cepat berubah dan bergerak, bertukar menjadi satu objek lain di mata aku. Dan mata Harun.

“Korang buat apa?”

Harun menoleh, aku terus dongak atas; aku dah perasan Kuma datang. “Tengok awan,”

“Yeke? Aku pun selalu buat tengok awan. Aku pernah tengok awan bentuk macam orang, besar gila awan tu, siap ada mcam warna merah, macam mata. Masa tu malam, terus aku lari masuk rumah,”

Ayat Kuma mati terus disitu kerana aku dan Harun terus mendongak; lima minit lagi pukul tiga petang.

Harun pernah beritahu aku, diatas langit ialah laut. Langit yang warna biru, yang lagi tinggi dari awan putih, atau kelabu tu, ialah laut. Pernah dengar ikan jatuh dari langit? Dan hujan tu pun dah membuktikan yang air laut dilangit sebenarnya tertumpah sebab dah melimpah ruah.

“Mana kau dengar cerita ni?” aku tanya Harun.

“Takde siapa bagitahu, cuma aku pernah nampak ikan paus kat langit,” Ikan paus kat langit? “Nanti bila dah besar, aku nak cari ikan paus tu,”

Itu semua hal dua puluh tahun lalu. Aku tak tahu samada Harun berjaya jumpa ikan paus idamannya atau tidak, dan hobi memerhati awan sudah lama aku tinggalkan, lebih-lebih lagi, generasi aku diajar untuk mengejar setiap inci peluang. Duduk bersantai itu adalah untuk orang yang gagal. Tapi, sejak aku kembali ke ibukota dan perjalananan pergi dan balik dari kubikel, aku tidak boleh tidak terperasan akan langit yang terbentang luas di sepanjang lebuhraya bertiingkat Ampang. Lebuhraya bertingkat yang menganjakkan kami jauh dari bumi untuk memotong trafik jam. Bukan saja awan-awan dan langit-langit terbentang macam gambar di skrin LCD stadium bola, malahan bangunan-bangunan sekeliling yang menambahkan lagi kecantikan dan kekusutan lanskap ibukota Malaysia; menarik bila dilihat dari sini.

Mungkin mereka patut letakkan satu kawasan persinggahan, kira macam Lay By di Lebuhraya Utara Selatan. Bolehlah selain untuk penunggang motor berteduh sewaktu hujan, dijadikan tempat istirehat. Kerana, melainkan aku ialah seorang Superman, maka tiada tempat lain dapat aku menyaksikan Kuala Lumpur disekeliling aku.

Dan aku memepunyai kepercayaan kuat, yang Lebuhraya bertingkat inilah kereta terbang tahun 2020 yang kita pernah bayangkan 10, 20 tahun dulu. Kereta, dan motor ini terbang tak melalui jalan darat, tapi melalui jalan yang diangkat (bertingkat macam lebuhraya ni).

Mungkin kita sudah capai impian kereta terbang, tapi aku masih tertanya; adakah Harun sudah berjumpa dengan ikan pausnya?

Bumi semakin padat, tapi ironiknya, ianya penuh dengan manusia-manusia yang kosong. Manusia yang kosong; kosong macam lubang besar yang menjarakkan kita, antara satu sama lain. Dalam diri kita, jiwa kita, ada satu lubang besar yang sepatutnya kita isi, tapi sayangnya, kita semua mengisinya dengan kesunyian atau sepi.

Dulu, keadaan tak macam ni,” seorang lelaki Cina yang baru melepasi umur persaraan, memberitahu kawan aku,”Waktu dulu, tahun 50-an, 60-an, bilangan orang tak seramai sekarang, tapi kami rasa dekat dan selesa, kami kenal semua orang dan berkawan dengan semua orang.

Kawan aku, Si perempuan, juga beranggap perkara yang sama, bila dia menceritakan semula kepada aku. “Zaman sekarang ni orang lagi ramai, makin bertambah berbanding 20, 30 tahun dahulu, tapi semua orang hanya pedulikan hal sendiri. Jadi, sekarang yang ada cuma manusia-manusia lonely.”

Kita semua mungkin ada kawan-kawan, tapi biasanya menjelang akhir umur tiga puluhan, kita akan berhenti menerima kawan baru. Kawan, bukan kenalan. Kita akan kekal dengan kawan yang ada, tapi itupun biasanya dah terhad pergaulan.

Malah, mungkin definisi kawan pada zaman ini dah berubah. Jika dulu, kawan ialah sesuatu yang kita lihat dan jumpa, mungkin sekarang kawan ialah “Just one click away,” Berkawan cuma dalam talian, walaupun hakikatnya, ‘aku ada 1000 kawan dalam Fesbuk, tapi aku tak pernah jumpa mereka semua.’

Aku selalu melihat manusia lonely ini, didalam bas memandang sedih luar tingkap, didalam Elarti dengan telinga dipenuhi earphones bagi mengisi kekosongan dalam hidup mereka, di meja-meja makan lemah menyuap makanan ke dalam mulut seorangan atau didalam lif yang macam cermin merefleks bayangan kesunyian mereka.

Mereka inilah generasi baru; Generasi yang sesat/hilang-- Generasi Lonely pada Apek tadi.

Aku teks dia, “Ape cerita?”

“Macam2” dia balas.

“Contoh?” Tak puas hati.

Tapi ia tamat di situ.Tiada reply.

**

Selepas sejam, telefon berbunyi lagi. Teks mesej masuk.

Sori. Pegi mandi,”

Its ok. My turn.”

For what?

“Mandi.”

“Ok.”

“K”

Samada spontan, atau separuh jalan, semua yang ada, akan berada disini.