Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Oct 18, 2010

Tamatkan apa yang kau mulakan. Lagipun, kan aku bukan pengejar kesempurnaan.

Apr 7, 2010

Unfortunately, everyone change through time.

Ada orang mempertikaikan hasil zaman baru ini tidak sekritis dan berhala tuju seperti sebelum ini. Macam puisi, macam novel, macam lagu, malahan hingga cerpen pun.

"Mungkin mereka ada peperangan pada waktu itu,"
"Mungkin kestabilan politik waktu itu berbeza,"
"Mungkin kesedaran waktu dulu lebih senang dicapai,"

Aku fikir, sebab ini adalah modenisasi. Zaman mudah, dan pada aku, peperangan paling hebat pada zaman ini adalah dengan diri sendiri. Syok sendiri? Mungkin, Tapi, memang ini perkara paling kritis waktu ini.

Feb 24, 2010

Aku akan bawa buku nota kecil ke mana-mana saja aku pergi. Untuk merakam perasaan yang datang waktu itu. Lagipun, harapan semakin lama semakin kecil.

Secara hedonisnya.

Jan 13, 2010

Mereka kata aku bercakap dengan berlapis-lapis. Berulang-ulang dan tidak terus tepat ke sasaran. Aku ulang dua tiga kali cerita yang sama baru aku ceritakan. Atau lambat sampai ke puncak.

Sebab tu aku tak banyak cakap, sebenarnya.

Jan 4, 2010

Aku suka waktu malam. Pernah dulu, waktu mengganggur, untuk cari kerja sebelah malam, di mana siang akan aku habiskan waktu di rumah. Malam lebih tenang berbanding siang.

Kau boleh dengar bunyi dan nafas semua benda bukan hidup. Bunyi kipas laptop. Bunyi angin. Bunyi langsir. Bunyi air menitik di sinki. Bunyi katil berkeriut bila orang bergalih tidur. Dan bunyi nafas mereka tidur.

Bila mereka tidur, terasa akan dunia aman. Lupa akan apa yang mereka mahukan. Lupa akan mereka gaduhkan. Semua kecacatan akan terlindung dengan selimut hitam malam. Jalan raya yang selalu menjadi nadi tekanan, nampak macam pelacur tua tanpa kunjungan pelanggan. Kosong. Lengang.

Tiada bunyi mengganggu. Tiada kemarahan. Kadangkala aku harap dunia selalu malam, kerana manusia lebih tenang jiwanya pada waktu malam. Pada waktu tidur. Bila mereka tidur, mereka lupa akan apa yang digaduhkan. Apa yang dimahukan.

Mungkin dunia lebih aman bila waktu malam.

Nov 20, 2009

Aku sedang duduk disebelah tingkap dan tak pasti apa yang aku fikirkan. Mungkin beberapa perkara yang tak pernah aku lakukan. Hujan baru berhenti tapi kurang sejuk berbanding semalam. Sebenarnya tak sejuk pun.

Aku rasa ini masa yang bagus untuk aku tulis sesuatu.

Sebelum aku mula baca buku, chick lit, sebab dipengaruhi oleh orang lain, kerana mahu buat satu grup diskusi tentang buku. Sebelum ini memang ada cuba untuk discus satu tajuk lain, satu genre lain, tapi mungkin kurang sesuai sebab latar belakang ahli perbincangan yang berbeza. Beberapa orang pembaca chick lit, seorang yang bergenre berat dan non-fiksi, seorang lagi pembaca yang ‘keras’, dan aku; pembaca hedonis. Wohoo.

Ataupun mungkin menonton filem-filem yang sudah beratus gig dalam external hard drive aku. Cuma bila sudah terlampau banyak, aku jadi skeptikal, jadi tak tahu nak tengok yang mana satu.

Ok, aku memilih untuk menulis. Jadi aku taip-

“Jadi, aku rasa ini sudah masa di mana kawan-kawan (bukan kawan-kawan baru), yang disekeliling aku mula memasuki tahap seterusnya dalam hidup mereka. Aku pun.

Masa dan fikiran dipenuhi untuk hari esok dan dekad yang akan datang. Aku tak suka berfikir begitu walaupun sebenarnya aku selalu memikirka--“

Tiba-tiba aku berhenti menulis.

Sebab aku rasa aku cuma menulis dan tiada point. Tiada tema atau tujuan. Jadi aku berhenti. Walaupun aku rasa aku tak patut berhenti menulis. Kadang-kadang aku rasa kecewa dengan diri sendiri. Mungkin aku memang ditakdirkan menjadi satu titik dalam dunia. Atau mungkin setengah titik.

Aku ada tajuk, “Perempuan Sensatif:Lelaki Ego.” Aku ada tema; cinta, atau sesuatu yang berbunyi macam tu. Aku ada draf kasar. Beberapa draf yang mungkin dah mencapai dua puluh. Tapi aku masih belum dapat siapkannya. Mungkin aku cuma patut menghasilkan draf saja sebagai pencapaian terbaik aku?

“Penulis? Cerita apa?”

“Taklah, dia tak buat cerita pendek atau novel atau drama atau apa-apa: DIA BUAT DRAF,”

“Oh, draf? Cool.” Pause. “Draf tu APA?”

Mungkin seumur hidup aku, aku cuba untuk menjadi somebody. Mungkin aku akan jadi somebody bila aku dah mati, walaupun intention aku selalu mahu jadi somebody pada masa muda. Pada waktu sekarang.

Aku malas mahu dokumentari aku diterbitkan dengan footage aku sedang menulis, macam sekarang ini, sedangkan waktu itu dagu aku dah jatuh, dan eyebag yang besar. Uban masih ok lagi, ianya masih kacak pada suatu-suatu masa.

Mungkin macam sedang berpakaian band-band metal, berseluar pendek, atau jeans, dengan lagu-lagu keras, melodik dan laju, laptop tua dengan penuh pelekat-pelekat, dua kotak rokok putih dengan lighter Zippo, rambut panjang hitam, asbak rokok dari tin Diet Coke, janggut yang bersepah, dan menaip sesuatu yang kurang penting, dalam ruang tulis yang bebas dan tiada penghawa dingin mahupun kipas, tapi pencapaian yang besar dalam bidang penulisan. Atau sekurang-kurangnya untuk penggemar-penggemar tulisan aku. Pergi jahanam dengan penulisan mainstream. Berikan aku ‘bawah tanah’!

Mungkin aku patut develop penulisan aku seiring dengan pembacaan aku. Pergi mampus dengan genre, selagi ianya sesuatu yang baik, ianya akan stand through the time.

Mungkin aku patut kurang mencuba, hanya terus menghasilkan, discover me later. Or anytime you want.

Sep 13, 2009

Aku memang bukan seorang fighter. Sebab tu tumbukan balas yang akan kau terima mungkin dalam sebulan, setahun atau sepuluh tahun dari mula aku rebah.

Ianya bukan grudge. Cuma ini bukan hari aku.

Sep 8, 2009



Aku pernah melalui apa yang kita panggil perubahan; dalam hidup, atau dalam imej. Kali terakhir ianya berlaku, ia hanya berjaya mengelirukan kawan-kawan; which is good. Dan sekarang, masa untuk satu lagi perubahan.

Let's just say, it's just another my five years of absentism to the crowds.

Sep 7, 2009

Aku tak cuba untuk menjadi sesuatu, tapi semua masih dalam progress. Kita semua tunggu dan lihat.

Jun 14, 2009

Aku janji akan berada di kerusi ini, di meja ini dan di komputer ini, untuk setiap malam, atau setiap pagi, untuk menaip sesuatu untuk makanan ruang ini.

Untuk sayap-sayap Malaikat Maut yang bakal menjemput. Atau merenggut.

Mungkin, small is beautiful, akhirnya.


Feb 1, 2009




Dan alamat rumah aku akan berbunyi begini; BXX 1234, Jalan Raya, Malaysia..