Nov 6, 2011

Ianya macam, “Huh? Betul ke?”

Kami sedang sibuk mengelak orang lalu lalang yang sedang melintas. Fokus mata lari ke sebelah kiri. Ke matanya. Dan bahu aku terlanggar dengan bahu orang dari arah bertentangan.

Sori,”

Lampu isyarat pejalan kaki mula berkelip. Kami melajukan langkah. Dia masih pandang aku. sama macam mula-mula dia jumpa aku tadi.

“Jadi, sebenarnya, kau tak berkenalan dengan sesiapa di LRT?’

“Kau tak rasa ia macam klip video Savage Garden?”

“Entah, kadang-kadang kau sangat senang dijangka sebab apa yang kau kata adalah apa yang ada disekeliling kau,”

“Kalau begitu senang mencari The One, aku patut naik lebih banyak LRT,”

“Naik aliran Putra, hanya aliran ini saja yang bawah tanah, sama macam jalan cerita. Tren rosak bawah tanah,” gelak dia.

Sayangnya, tiada apa berlaku selepas itu. Kecuali tren betul-betul rosak. Mungkin kami tak patut katakannya sebelum menaiki tren. Tabu.

Oh, dan juga, tiada tiada awek yang merasakan dia sudah mencintai aku sebelum berjumpa dengan aku, di dalam tren itu. Hanya ada aku, dan dia yang sudah mula membebel. Panas.

“Mungkin sini agak crowded, sebab tu awek yang mencintai-aku-sebelum-jumpa-aku tak kelihatan,”

“Aku cuma harap tiada serangan mengejut oleh zombi-zombi.”

Aku mula suspek yang dia seorang klaustrofobia. Campur dengan zombifobia kot. “Maksud kau, mereka akan buat pengumuman terlebih dahulu? Harap maklum kepada semua penumpang, serangan zombie akan bermula sebentar lagi. Bermula dari gerabak hadapan dulu. Harap anda semua dapat berikan kerjasama. Sekian, terima kasih? Macam tu?”

“Boleh aku jadi zombie sekarang?” balas dia. Aku Cuma tergelak. “Kau rasa, kalau aku jadi zombie, kau akan bunuh aku?”

“Entah, tapi secara teori, ya. Sebab kau memang dah mati pun.”

“Ok ok, kalau aku dah kena jangkitan, tinggal tunggu masa untuk jadi zombi?”

“Err…aku bawa kau pergi hospital?”

0 Comments:

Post a Comment