Nov 4, 2011

Ini bukan waktu yang sesuai untuk berjumpa.

Aku pasti aka nada perkhabaran yang kurang enak darinya. Sebenarnya, aku pun hanya meneka dari nada suaranya. Dia pun tak mahu menceritakan apa-apa selagi aku tiada di depannya.

Aku mengambil tempat duduk yang agak tersorok, seperti biasa. Seperti biasa sekiranya ada yang mahu diperbualkan secara privasi. Dan juga di tempat yang jarang kami singgah.

Dia tiba sepuluh minit kemudian dengan separuh berat dunia di bahunya. Atau itu yang dia mahu aku fikirkan bila tengok keadaannya. Aku pesan secawan kopi. Dia pun. Dia mula membakar sebatang rokok. Aku pula membakar diri sendiri untuk menjadi rokok dia bermula tempoh beberapa jam ini.

Ya, dia masih mahu belum berkata. Aku pula seperti, “What the fuck? Aku dah depan kau ni.”

“Girlfriend aku…dia jumpa balik boy lama dia.” Kata dia. “Baru lepas gaduh besar ni”

Mendengar itu, aku rasa macam, “Apahal pulak?”

“Apahal pulak apa?”

Oh, aku terkeluar ayat tu. Aku ingat aku sebut didalam hati. Tapi ya, “Yalah, apahal pulak kau cerita pada aku pasal hal relationship dengan aku? Aku mana pernah bercinta,”

Dia diam. Kemudian, “Kadang-kadang nasihat dari orang yang tak pernah bercinta ni, lebih neutral. Lebih logik.”

Ah, well. Apa ada hal, cakap sajalah, yang terlintas dalam kepala. Anggap ini sebuah drama spontan, dan aku pelakon utama. Jadi, aku diam dulu, dengar dia bercerita. Mencari kata kunci. Ia berputar-putar di sekitar; girlfriend dia, ex-boyfriend girlfriend dia, ex-boy friend ajak jumpa girlfriend dia, keluar sekali sekala, ex-boyfriend dulu main kayu tiga, dan sekarang dia takut girlfriend dia berubah hati.

Aku tak tahu nak kata apa sebenarnya.

Aku sedang sibuk memikirkan cuaca luar yang semakin gelap. Kalau nak hujan pun, tunggulah sehingga aku sampai di rumah. Aku malas nak tersangkut di sini berjam-jam.

“Kau rasa macam mana?” tanya dia.

“Err..let It be kot?”

“Maksudnya?”

Aku pun tengah fikir apa maksudnya.

“Maksudnya, kalau girlfriend kau nak pergi balik kat ex-boyfriend dia yang pernah tipu dia dulu, let it be. Sebab dia memang stupid enough to be fooled again. By the same guy. And you don’t deserve that stupid bitch.”

“Hmm..”

“Dia boleh pergi jumpa ex-boyfriend dia kalau dia nak. Sebab sekurang-kurangnya dia beritahu kau dengan siapa dia jumpa. Dan atas tujuan apa, at least. Apa yang dia buat di belakang itu, doesn’t matter. Cuma kalau kau find out yang dia cheat kau, that’s when you say goodbye. She’s really not worth it.”

“Tapi aku sayang dia?”

“Kalau sayang sebelah pihak saja pun tak guna, kan?” kata aku yakin. Yakin sangat yang lepas ni kalau aku bercinta, aku takkan minta nasihat dari orang yang tak pernah bercinta.

Kami bersurai selepas itu. Dan aku Berjaya menipu hujan. Taklah gah sangat seperti bunyinya, Cuma aku dapat balik sebelum hujan. Aku tak tahu, apa berlaku dengan selepas itu.

Tapi aku rasa, dia tak mahu memutuskan hubungan itu dan memulakan yang baru/lain. Kerana, dia akan bermula kembali dengan mendaki dari satu fasa ke fasa yang lain dalam bercinta, yang aku sendiri faham; ia meletihkan. Lebih-lebih lagi bila tiba di zon selesa. Dan sikap masing-masing berubah 360 darjah.

Dia boleh jadi apa saja yang dia mahu, cuma aku harap lain kali, biarlah dia pilih waktu cuaca cerah.

0 Comments:

Post a Comment