Nov 3, 2011

Aku masih lagi sangsi akan kaitan antara cuti sekolah dengan musim perkahwinan.

Difikirkan kembali, mengapa perlu berkahwin pada waktu cuti sekolah, kecuali cikgu-cikgu kerana mereka memang tiada cuti khas untuk perkahwinan. Orang kata sebab ianya adalah tradisi sebelum sekolah itu sendiri menjadi sesuatu yang krusial.

Biasanya musim perkahwinan berlangsung pada hujung tahun, sempena musim menuai. Padi banyak, jadi itu waktu paling sesuai bersedekah. Hingga kini zaman beras pun main import, kita masih merayakan perkahwinan dihujung tahun.

Kereta bergerak perlahan, meninggalkan pekan kecil ini. Hari makin gelap, suasana makin sepi. Betul kata orang, majlis perkahwinan di kampung lebih meriah berbanding di bandar. Walaupun majlis-majlis dikampung sudah menerima suntikan modenisasi, tapi aku rasa, roh kampung itu masih ada.

Dia yang sedang memandu hanya diam, fokus menghadap jalan yang tidak rata. Sehinggalah memasuki lebuhraya Utara-Selatan, “Kau rasa diorang dapat main tak malam ni?”

Diorang; merujuk kepada pasangan pengantin yang merangkap kawan pejabat kami. Aku sebenarnya rasa kurang selesa dengan topik perbualan sebegini. Ia tabu. Bagi aku. Lebih-lebih lagi kalau ia mula menjurus kepada aku.

“Kau malam pertama, dapat masukkan tak?” tanya dia lagi.

Aku tiada masalah dengan dialog macam “Kau ingat aku nak percaya? Lancau!” atau “Apa? Nak pinjam? Jilat telur gua dulu.” Atau “Seluar kau longgar? Kalau macam tu, pepek makin ketat?”.

Ya, aku semua diatas, tapi bukan untuk dialog begini, “Biasa berapa lama kau main dengan bini kau?” atau seperti yang si bodoh sebelah aku ni tanya.

Panggil aku konservatif, tapi benda ini patut tinggal kat rumah, bukan dibawa ke kedai kopi. Sebab ia membuat aku mengalami halusinasi seperti telanjang dikhalayak ramai. Aku tak tahulah kalau budaya kita membenarkan ini, tapi aku biasanya elakkan dari mengutarakan soalan tu.

Jadi, aku terus ke topic lain, tanpa menghiraukan soalannya tadi. “Hujung tahun ni, dah masuk musim hujan. Leceh nak bergerak.”

“Hujan la bagus. Tak bergerak la bagus.”

“Kenapa?”

“Duduk rumah la. Main. Buat anak.”

Serius, aku rasa dia tengah syahwat. Atau kesan menonton terlampau banyak video 3gp mula menampakkan kesan.

“Eh, kau dah berapa bulan kahwin? Orang rumah kau tak ada isi lagi ke?” Ya, si bodoh bersuara lagi.

Aku baru dua bulan kahwin. Dia dah sibuk tanya isteri aku dah hamil ke belum. Ini pun soalan yang agak merimaskan walaupun tidak tabu. Tapi ia jatuh bawah kategori stereotaip. Asal ada pasangan baru kahwin, lepas sebulan dua, dah mula tanya tentang anak.

Tak salah bertanya, tapi kebiasaannya soalan tadi itu akan bersambung dengan ayat penyata yang patut kita rejam si penuturnya.

Seperti dia yang sedang memandu disebelah aku ni berkata, “Dah dua bulan kahwin, masih tak ada apa-apa lagi?”

Oh Tuhan. Nampaknya perjalanan ini masih panjang.

0 Comments:

Post a Comment