Mar 24, 2010

Aku rasa seperti Perempuan Plastik dalam Pekan Tenteram. Mungkin aku rasa apa yang dia patut rasa, mengambil semua rasa dia dan dia meneruskan hidupnya tanpa rasa itu. "Not worth it" katanya. Kalau dia tahu dia akan rasa apa yang dia akan rasa macam aku rasa sekarang.

Mar 11, 2010

Hari Isnin memang sibuk. Aku paling menyampah bila tiba hari pertama dalam minggu. Mungkin jika waktu pejabat bermula dari hari Ahad, mungkin aku juga akan benci hari Ahad. Pukul sepuluh pagi dan matahari yang paling memeritkan kulit. Aku terus ke kafe.

Seperti biasa, dia sudah berada di kafe dengan secawan teh tarik. Biasanya dia akan ambil sepiring kuih. Tapi hari ini, dia bertemankan sepinggan mi goreng.

Aku tarik kerusi meja sebelah dan duduk depan dia. Pukul sepuluh setengah ada kelas sama. Dia cuma diam menyuap mi dan merenung mi. Agak luar biasa bagi dia yang petah bercakap.

"Kenapa, beb?" Mungkin dia lupa cara bercakap.

"Tak ada apa-apa," balas dia sambil gelak. "Aku cuma teringat sesuatu,"

Dia kata dia, sambil menyuap mi, dengan mulut yang penuh, ayah dia selalu membeli kaset-kaset syarahan agama. Banyak koleksi kaset syarahan bersepah di rumah. Dari ustaz-ustaz yang terkenal hinggalah kiyai-kiyai dari tanah seberang yang tidak dikenali. Kalau bosan, dia akan ambil dan pasang satu pada walkman, dan baring, mendengar kaset syarahan tersebut.

Antara kisah yang menarik, sepanjang ingatannya, ialah bila seorang ustaz bertemu dengan atheis. Si atheis berkata, semua agama adalah baik, semua agama adalah bagus, tetapi dia tak dapat memilih agama mana yang betul-betul membawanya ke jalan yang benar, lantas dia memilih untuk tidak beragama. Tapi dia percaya akan tuhan.

Cuma dia tidak memilih jalan.

Aku kata, itu bukan atheis, itu pluralis.

"Yeke?" tanya dia. "Entah, aku main sebut je," jawab aku.

Dia sambung lagi, ustaz itu kata mamat tu macam orang yang cari sepasang seluar yang sempurna. Ibaratnya dia menjumpai semua seluar itu bagus dan sempurna, lantas, kerana tak mampu memilih mana satu, dia memilih untuk tidak berseluar.

Bunyi macam logik bagi aku.

Dia meneruskan suapan terakhir dan berkata, mereka; si ustaz dan mamat athies tadi sambung berborak lagi. Si ateis kuote lagi, perjalanan hidup manusia sebenarnya adalah dari tangan ke mulut.

Kalau macam tu, balas si ustaz, erti kehidupan tidak lebih daripada isi perut, maka, nilai kehidupan si atheis, tidak lebih dari apa yang keluar dari isi perut.

"Itu yang aku terfikir masa menyuap mi tadi," kata dia lagi. Sambil merenung pinggan yang kosong. Aku pun merenung sama.

Jam sudah pukul sepuluh setengah. Teh tarik dalam cawan aku baru luak suku. Dia baru separuh.

Mar 2, 2010

Aku baring lagi dengan harapan aku akan tidur lagi 30 saat. Si bodo mana entah bagitahu aku, bila nak tidur, kena kosongkan fikiran. Jangan fikirkan apa-apa. Biarkan minda kosong.

Ok, aku cuba.

Kosong --

Kosong --

Aku rasa si bodo ni mamat satu kolej dengan aku kot.

Kosong --

Yang suka pakai jersi MU tu kot. Warna merah terang benderang, macamlah kulit cerah sangat.

Kosong --

Aku ingat dia tak boleh tidur kalau ada orang pasang lagu. Sebab dia selamba je tutup radio bila dah sepuluh minit masih tak boleh tidur lagi. Lagu Roxette tengah main masa tu. Apa tajuk lagu tu? Lama gila tak dengar lagu tu. Band tu pun dah takde cerita langsung. Masa tu memang pelik sikit trendnya. Band cuma consist of dua orang je. Itu pun seorang nyanyi, seorang main gitar. Baik penyanyi tu jadi artis solo je. Senang cerita. Mungkin sebab tak seronok agaknya kalau takde member atas pentas. Tapi mesti la ada pemuzik lain. Siapa nak main dram. Siapa nak main keyboard. Kalau miming tak apalah. Tapi jadi pelik pula, sebab kamera tentu-tentu akan fokus kat spotlight utama - si penyanyi. Adalah beberapa saat bonus untuk pemain gitar tu kalau dia tak pergi dekat-dekat dengan penyanyi tu. Entah apa jadi dengan pemain gitar tu sekarang— Ok.

Ok. Petua tak boleh pakai. Aku bangun balik.

Pergi meja. Tarik kerusi. Buka komputer. Buka speaker. Bakar rokok. Capai asbak.

Daftar masuk. Fesbuk. Lagi.

Insomnia. Adalah yang paling celaka.

Berkalih dari kanan ke kiri. Telentang ke terlungkup. Separa sedar dan sedar penuh. Ini perlu dihentikan. Kau tahu bila minda paling terseksa? Bila badan penat, terlampau lesu, tapi mata belum mahu berehat.

Dan yang paling teruk bila nikotin mula terasa begitu kelat. Atau mungkin hilang rasa.

“Mungkin lepas sebatang, aku boleh tidur.”

Tapi baru separuh batang rokok terbakar, nikotin dan tar sudah terlampau berat untuk otak menerima. Dan badan masih penat, mata masih cergas.

Tetapi, kali ini yang paling teruk. Sebatang demi sebatang terbakar menjadi asap putih jerebu, dan masih tiada apa yang berlaku.

Aku buka Fesbuk.

Daftar masuk. Penuh dengan suara-suara fikiran orang lain.

“Sangat happyyy!!”
“Mungkin dia tak tahu…”
“Makan apa sedap malam2 ni?”
“Baru lepas tengok Adnan Sempit. Besh sangat!!”
“Waiting for that someone to come..”
“If only…”
“Kiamat sudah dekat. Tanda-tandanya sudah terlampau banyak. Ampunkan dosaku Tuhan”
“Tengah main FB tetiba rasa lapar…”
“Bangun tidur dan terus ke bilik air, gosok gigi, pas2 makan nasi sejuk semalam. Sedih..”

Menambahkan lagi sakit kepala.

Suggestions column - Its been a while since u make contact with Si Perempuan. Write something on her wall.

Kalau boleh aku nak write something kat muka dia terus:

AKU INSOMNIA SEBAB KAU.

*

Aku baring lagi dengan harapan aku akan tidur lagi 30 saat. Si bodo mana entah bagitahu aku, bila nak tidur, kena kosongkan fikiran. Jangan fikirkan apa-apa. Biarkan minda kosong.

Feb 27, 2010

Apa berlaku bila tiba dipenghujung jalan?

Pencarian berakhir; bersamaan dengan penat, dan lesu. Dan rasa puas hati. Tapi, memang penat. Puas hati cuma ada dalam hati. Badan penat. Badan lesu.

Mungkin kau baru tahu ianya tak worth langsung.

*

Macam mana sebenarnya kau nak cari orang yang tak lebih macam hantu?

Macam hantu – cuma ada muka, itu pun hanya dalam kepala kau sendiri, nama – itupun belum tentu nama sebenar, dan kawan-kawan yang tak pernah peduli antara kedua; kau dan hantu itu.

Tapi bila, kemustahilan kadang-kadang macam air tin di kedai 24 jam, KAPOW! Ianya muncul depan kau.

Lepas tu, kau tak tahu nak buat apa. Ok, nama ada, nombor telefon ada, alamat ada, malah, gambar pun ada. Tapi, nothing.

Bukan nak buat apa pun, cuma nak satisfy kan diri kau sebab kau rasa rumit sangat nak cari orang ni. Macam jarum dalam jerami.

Untuk dua campur dua tahun, dia jadi macam hantu, tapi sekarang dia ada nama.

Mereka kata tv penuh dengan propaganda berat sebelah
Aku peduli apa
Asalkan aku masih boleh tengok;
Fasha,
Nora,
Sharifah,
Atau si cantik yang bertudung membawa watak ustazah
Tapi berskirt paras lutut dalam majalah.
Sambil minum petang
Dengan boxer
Dan puntung yang habis bara

Iklan tv kata saat kau lahir ke dunia adalah
Saat terakhir kau bebas

Sebelum kau dicampakkan ke dalam
Dalam dinding besi
Dalam kubikel

Oh, aku juga ada kubikel sendiri sekarang
Dengan segala berbentuk empat segi yang
Membosankan

Tapi lebih baik kebosanan
Berbanding dengan ketakutan.

Feb 25, 2010

Susu kotak putih biru
Aku tuang isinya dalam cawan
"Kenapa selalu beli susu yang ni?"
Dia capai gelas dan minum susu itu
"Hmm..tawar sangat..tak sedap."

Aku jawab,
"Sebab lagi murah,"
"Murah? Yang ni RM6.10, yang kotak merah yang sedap tu baru RM5.60."

Lainkali aku cuma beli susu kotak merah yang dia cakap tu
Tiap-tiap kali aku beli yang merah
Dua hari sekali aku kena beli
Kadang-kadang satu hari dah habis
Sebab lebih sedap

...dan murah?

Feb 24, 2010

Aku akan bawa buku nota kecil ke mana-mana saja aku pergi. Untuk merakam perasaan yang datang waktu itu. Lagipun, harapan semakin lama semakin kecil.

Secara hedonisnya.

Feb 12, 2010

Ini memang minggu yang panas; tapi selesa
Sebab cuaca panas tapi selesa ini nikmat
"Kau tak pandai buka kipas ke?"
Kata dia sambil mengeluh
Aku cuma jawab, "Baru Jamaica!"
Dia maki aku dah mula berkipas.
Sejuk buat kau malas,
Panas, hangat buat kau aktif,
Atau sekurang-kurangnya bergerak bangun hidupkan suis kipas

Mungkin dia tak pernah rasa
Tidur dalam bilik tak bertingkap
Pada waktu tengahari buta
Dengan lampu kalimantang yang terbuka

Atau mungkin dia dah bosan dengan panas
Sebab dia datang dari kawasan laut
Dah jemu berjemur

Aku?
Masih lagi suka panas
Tapi nikmat.

Jan 28, 2010

BUZZ!!

caterpillar_2: u watpe dh 2?
liz_dazzling: o..tgk utube..
liz_dazzling: ni k.jun ajak mkn kat kdai xsdp tu
caterpillar_2: yeke? u nk gi ke?
liz_dazzling: o..g jela..
liz_dazzling: i leh mkn ice blended,hehe
caterpillar_2: hehe..ade iceblended ke?
liz_dazzling: haah..best gak..
caterpillar_2: ye?ade rasa ape je?
liz_dazzling: ape2 ppn leh..
liz_dazzling: ari tu k.jun mkn epal..
liz_dazzling: arini i nk mkn milo la..hehe
liz_dazzling: bandung pn ad..

.
.
.
.

owh, rasa happy ada x?


Dia beritahu aku yang dia datang dari Pekan Tenteram. Pekan Tenteram?

"Ya, Pekan Tenteram dan kehidupannya tenteram, sekurang-kurangnya.."

"Jadi, apa yang mereka buat di Pekan Tenteram?" Aku pun pernah tanya dia, apa agaknya yang ada disana. Dia cuma cakap, kehidupan yang tenteram, tapi yang lain-lain bergantung pada masing-masing.

Aku jumpa dia pada waktu hampir tiga bulan dia tinggalkan Pekan Tenteram. Dia macam yang semua orang kenal, samada dalam bentuk gambar, bahan bacaan atau rekod, dia seperti yang kau tahu. Bukan imej artifisial seperti mereka yang lain.

Dia kata, dia terpaksa tinggalkan Pekan Tenteram, tiga bulan lepas, sebab apa yang dia impikan sebenarnya dah berakhir. Atau apa yang dia dan perempuan itu impikan tamat bila Izrail datang mengetuk pintu rumah mereka. Hilang semua macam asap rokok. Hanya tinggal bau saja. Dan batuk malam.

Bila dia melangkah ke luar Pekan Tenteram, dia jadi seseorang yang lain. Bukan dia mahu. Cuma apa saja yang dia sentuh di luar pekan tenteram, menjadi magis.

Mungkin dia boleh lupakan yang dia cuma mampu membuat empat minit bunyi bising berbanding sekarang ianya menjadi melodi. Atau baris-baris ayat tulisannya di Pekan Tenteram cuma tatapannya seorang, dan sekarang ianya diulang cetak berpuluh-puluh kali.

Sebab itu dia sentiasa sibuk. Aku fikir, apa yang perlu disibukkan, dia boleh buat itu semua perlahan-lahan dan dapat sama seperti sekarang. Dia cuma kata, "Live fast, die young,". Dia memang mengarut. Sebab percaya yang dia takkan hidup lama, dia bayangkan dia macam Kurt, Edie, Morrison, Jimi, Janis, Dean atau Monroe.

Aku cakap, Bukowski hidup sampai 70 lebih dan terus minum hingga akhir hayat. "Kau pun boleh buat macam tu,"

"Dia dah tua masa orang discover dia, tapi aku sekarang dalam mid 20's." kata dia. "Aku kena cepat, tahun-tahun melepasi 30's adalah bonus,"

"Bonus?"

"Ya, bonus dari Tuhan,"

Jan 26, 2010

Perempuan itu datang pada aku.

Sebagai kawan, aku dengar setiap perkataannya.

"Oh gosh! Semua bulu mata aku gugur! Aku macam

seekor ikan!"

Kata aku, "Babe, rileks, mungkin aku rindu kau

terlampau

banyak sangat,"

"Oh, mungkin itu taklah teruk sangat," katanya.

Jan 13, 2010

Mereka kata aku bercakap dengan berlapis-lapis. Berulang-ulang dan tidak terus tepat ke sasaran. Aku ulang dua tiga kali cerita yang sama baru aku ceritakan. Atau lambat sampai ke puncak.

Sebab tu aku tak banyak cakap, sebenarnya.

Jan 4, 2010

Tahun baru hanya sehari, selebihnya ia berulang menjadi hari-hari biasa. Dan kami lihat tiada apa keistimewaannya pada hari matahari melengkapkan kitarannya. Lebih-lebih lagi bila ia disambut sewaktu matahari belum bangun tidur lagi.

Tapi kami berbuat sesuatu juga pada malam itu. Sebelum jarum panjang dan pendek dan jarum saat bersatu di angka dua belas. Kami panjat ke tempat paling tinggi dalam kota itu. Sebenarnya kami memandu ke puncak bukit paling tinggi dalam kota ini.

Dari puncak, hajat kami, untuk melihat seluruh warga kota. Setiap muka mereka. Mendengar setiap patah perkataan mereka. Dan membayangkan apa yang disentuh mereka. Tapi, melihat mereka saja mungkin sudah cukup. Pada malam seluruh warga kota keluar dari rumah dan membakar langit dengan api. Meraikan apa saja yang mereka percaya.

Aku suka waktu malam. Pernah dulu, waktu mengganggur, untuk cari kerja sebelah malam, di mana siang akan aku habiskan waktu di rumah. Malam lebih tenang berbanding siang.

Kau boleh dengar bunyi dan nafas semua benda bukan hidup. Bunyi kipas laptop. Bunyi angin. Bunyi langsir. Bunyi air menitik di sinki. Bunyi katil berkeriut bila orang bergalih tidur. Dan bunyi nafas mereka tidur.

Bila mereka tidur, terasa akan dunia aman. Lupa akan apa yang mereka mahukan. Lupa akan mereka gaduhkan. Semua kecacatan akan terlindung dengan selimut hitam malam. Jalan raya yang selalu menjadi nadi tekanan, nampak macam pelacur tua tanpa kunjungan pelanggan. Kosong. Lengang.

Tiada bunyi mengganggu. Tiada kemarahan. Kadangkala aku harap dunia selalu malam, kerana manusia lebih tenang jiwanya pada waktu malam. Pada waktu tidur. Bila mereka tidur, mereka lupa akan apa yang digaduhkan. Apa yang dimahukan.

Mungkin dunia lebih aman bila waktu malam.

Nov 21, 2009

Kali terakhir aku berjumpa, nafasnya kuat berbau rokok. Kami berkongsi rokok, memenuhkan bumi dengan oksida. Aku pernah terdengar seseorang kata, “Rokok tak pernah menipu,”

Mungkin dia sendiri yang berkata begitu. Aku cuma diam dan terus bernafas dalam asap. Dia pula menyalakan sebatang lagi. Aku masih lagi diam. Apa terjadi?

“Maybe I get a lil bit excited,” kata dia. Rokok masih lagi tabu bagi seorang perempuan, tapi ia menghakis cepat. Semua orang merokok sekarang.

“Kau pernah tengok iklan baru kempen berhenti merokok?”

“Where? Atas kotak rokok?”

“Nope. On tv.”

“Kau tahu aku benci kotak bodoh tu,” kata dia, menghembus asap berbentuk cincin, “Propaganda, kotak mencuci otak,”

“Masih benci akan establishment? Ianya dipanggil teknologi sekarang,” aku beritahu.

“It’s the same,” “Same as same shit, different day?” “Precisely.”

Dia ketawa kecil, “Maybe aku akan mula menonton tv suatu hari nanti,”

“You women hate tv, as much we guys love football.”

“Not every women, only me.”

Cincin-cincin asap kelabu bertambah. “Me too, I never like football,” aku ambil rokok dari tangan dia,”Football, soccer, futsol,.atau apa-apa yang macam tu.”

“Mungkin kau akan suka, suatu hari nanti.”

“Macam kau suka tengok tv…suatu hari nanti?”

“Mungkin,” Dia keluarkan lagi sebatang rokok.

Aku menenyeh puntung rokok ke asbak.


Nov 20, 2009

Aku ingin membina sebuah mesin masa. Untuk membawa aku terus ke masa depan, dan biarkan diri aku sekarang dalam fungsi automatik. Aku hanya perlu biarkan semua berlalu sehinggalah aku sedar untuk beberapa tahun kemudian. Mungkin beberapa dekad kemudian.

Aku sedang duduk disebelah tingkap dan tak pasti apa yang aku fikirkan. Mungkin beberapa perkara yang tak pernah aku lakukan. Hujan baru berhenti tapi kurang sejuk berbanding semalam. Sebenarnya tak sejuk pun.

Aku rasa ini masa yang bagus untuk aku tulis sesuatu.

Sebelum aku mula baca buku, chick lit, sebab dipengaruhi oleh orang lain, kerana mahu buat satu grup diskusi tentang buku. Sebelum ini memang ada cuba untuk discus satu tajuk lain, satu genre lain, tapi mungkin kurang sesuai sebab latar belakang ahli perbincangan yang berbeza. Beberapa orang pembaca chick lit, seorang yang bergenre berat dan non-fiksi, seorang lagi pembaca yang ‘keras’, dan aku; pembaca hedonis. Wohoo.

Ataupun mungkin menonton filem-filem yang sudah beratus gig dalam external hard drive aku. Cuma bila sudah terlampau banyak, aku jadi skeptikal, jadi tak tahu nak tengok yang mana satu.

Ok, aku memilih untuk menulis. Jadi aku taip-

“Jadi, aku rasa ini sudah masa di mana kawan-kawan (bukan kawan-kawan baru), yang disekeliling aku mula memasuki tahap seterusnya dalam hidup mereka. Aku pun.

Masa dan fikiran dipenuhi untuk hari esok dan dekad yang akan datang. Aku tak suka berfikir begitu walaupun sebenarnya aku selalu memikirka--“

Tiba-tiba aku berhenti menulis.

Sebab aku rasa aku cuma menulis dan tiada point. Tiada tema atau tujuan. Jadi aku berhenti. Walaupun aku rasa aku tak patut berhenti menulis. Kadang-kadang aku rasa kecewa dengan diri sendiri. Mungkin aku memang ditakdirkan menjadi satu titik dalam dunia. Atau mungkin setengah titik.

Aku ada tajuk, “Perempuan Sensatif:Lelaki Ego.” Aku ada tema; cinta, atau sesuatu yang berbunyi macam tu. Aku ada draf kasar. Beberapa draf yang mungkin dah mencapai dua puluh. Tapi aku masih belum dapat siapkannya. Mungkin aku cuma patut menghasilkan draf saja sebagai pencapaian terbaik aku?

“Penulis? Cerita apa?”

“Taklah, dia tak buat cerita pendek atau novel atau drama atau apa-apa: DIA BUAT DRAF,”

“Oh, draf? Cool.” Pause. “Draf tu APA?”

Mungkin seumur hidup aku, aku cuba untuk menjadi somebody. Mungkin aku akan jadi somebody bila aku dah mati, walaupun intention aku selalu mahu jadi somebody pada masa muda. Pada waktu sekarang.

Aku malas mahu dokumentari aku diterbitkan dengan footage aku sedang menulis, macam sekarang ini, sedangkan waktu itu dagu aku dah jatuh, dan eyebag yang besar. Uban masih ok lagi, ianya masih kacak pada suatu-suatu masa.

Mungkin macam sedang berpakaian band-band metal, berseluar pendek, atau jeans, dengan lagu-lagu keras, melodik dan laju, laptop tua dengan penuh pelekat-pelekat, dua kotak rokok putih dengan lighter Zippo, rambut panjang hitam, asbak rokok dari tin Diet Coke, janggut yang bersepah, dan menaip sesuatu yang kurang penting, dalam ruang tulis yang bebas dan tiada penghawa dingin mahupun kipas, tapi pencapaian yang besar dalam bidang penulisan. Atau sekurang-kurangnya untuk penggemar-penggemar tulisan aku. Pergi jahanam dengan penulisan mainstream. Berikan aku ‘bawah tanah’!

Mungkin aku patut develop penulisan aku seiring dengan pembacaan aku. Pergi mampus dengan genre, selagi ianya sesuatu yang baik, ianya akan stand through the time.

Mungkin aku patut kurang mencuba, hanya terus menghasilkan, discover me later. Or anytime you want.

Oct 1, 2009

Either one is loser?

Si Perempuan adalah dominan. Manakala Si Lelaki lebih sympathizer. Lebih banyak decision yang Si Perempuan lakukan berbanding Si Lelaki. Walaupun bila tiba masa Si Perempuan sendiri menghadapi masalah, Si Lelaki yang membuat keputusan yang crusial.

Tapi yang bagusnya, Si Perempuan selalu berada di luar daerah dan Si Lelaki akan lebih mempunyai banyak masa; sabbatikal.

Cubaan transformasi dari sympathizer ke dominan pernah berlaku, tapi biasanya gagal sebab Si Perempuan bangun-tidur-hidup-mati-nya, aku-lebih-layak.

Macam perlanggaran kereta. Kita memang punyai peluang untuk hidup dan kekal tanpa kecederaan, cuma kita tak mampu bergerak sepantas cahaya. Hanya beza sesaat yang menjadi sebuah Ferari berharga juta-juta kepada sampah skrap yang tak berguna.

So does Si Perempuan.

Ia hanya mangambil masa tak sampai millisaat untuk mengubah dari gembira kepada marah. Sometime Si Lelaki tak perlu membuka mulut mengeluarkan sepatah perkataan atau membuat pergerakan pelik atau normal.

Apa yang berlaku semalam bukan kebarangkalian hari ini atau esok adalah pengulangan.